[ HOME ] [ SOALAN SEJARAH PMR ] [ SOALAN SEJARAH SPM ]

Tuesday, March 3, 2009

Sejarah Tingkatan 2: Bab 5

KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT ‘SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH’ (SBUB)
· Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
· Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi

SBUB Bertapak Di Sabah
· Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi
· antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol
· syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah

Amerika Syarikat
· tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses
· tempoh sewaan selama 10 tahun
· Moses menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris
· Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis
· Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Britain
· Von Overbeck menghadapi masalah kewangan
· Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent
· Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British
· Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian
· Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
· 1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu)
· Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
· Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent
· Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
· Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan
· Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan
· November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
· Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
· SBUB berkuasa mentadbir Sabah
· Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock
· Pengarah urusannya ialah Alfred Dent
· Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
· Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British
· British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
· SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British
· SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British
· SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
· SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama
· SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah
· pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher
· gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British
· gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883
· ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
· pusat pentadbirannya di Sandakan
· SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran

Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah
(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
- antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur
- mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung

(ii)Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampung
a) Peringkat Residensi
· pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur
· tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman
· setiap residensi diketuai seorang Residen

b) Peringkat Daerah
· Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah)
· Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone
· Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk tempatan
· Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran
· Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan

c) Peringkat Kampung
· SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua
· SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan
· SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan

(iii)Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan
· tujuan untuk menjaga keamanan negeri
· tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton

a) Mahkamah Majistret
- dihakimi Pegawai Daerah
- mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan

b) Mahkamah Anak Negeri
- hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat
- mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB
· Lembaga Pengarah di London
· Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat
· Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)
- Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
- Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah
- tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh
· Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian
· Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung

SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah

· matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomi Sabah
· SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasil-hasil tradisional, hasil pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan

(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah
· SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional
· Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala, lesen perahu dan senjata
· Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB
· Antara hasil-hasil utama;
a) Sarang burung
· eksport tradisional SBUB yang menguntungkan
· 1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar
· kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene

b) Pokok lanut
· dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles
· hidup meliar di kawasan pamah dan lembah
· gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
· di eksport ke Eropah

c) Rotan
· di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat

d) Pokok sagu / rumbia
· merupakan tanaman tradisional Sabah
· hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai
· harga sagu sangat mahal di pasaran dunia
· SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya secara komersial
· Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah
· 1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar

e) Hasil laut
· seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu
· diusahakan oleh masyarakat Bajau
· dieksport ke China

(ii)Hasil Pertanian Dagangan
· SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
· Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a) Tembakau
· tanaman dagangan yang penting
· tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia
· daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
· mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
· SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau
· Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah
· 1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta dolar
· Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b) Getah
· ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
· berkembang akibat pembinaan landasan kereta api
· SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya
· SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah
· Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa
· Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan
· SBUB menguasai hasil balak Sabah
· Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
· Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau
· Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina
· Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia
· Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan

(iv)Perlombongan
· SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang batu dan mangan

a) Emas
· tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama

b) Arang batu
· dilombong di Silimpopon dan Labuan
· Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
· diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal

c) Mangan
· diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
· dieksport ke Britain

Perubahan Sosial SBUB Di Sabah

· SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf
· tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB

(i) Landasan kereta api
· 1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km
· 1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo Railway
· 1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap
· tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan

(ii)Jalan raya
· SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau
· tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan
· 1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu

(iii)Pengangkutan air
· 1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan
· tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan

(iv)Pendidikan
· SBUB kurang memberi perhatian
· SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan wang
· SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan
· Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan agama Kristian
· antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan Sekolah Cina

a) Sekolah Inggeris
· 1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina di Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik
· tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
· 1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah
· tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700 orang

b) Sekolah Latihan
· dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915
· merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri
· dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah
· bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu
· dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira
· jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri

c) Sekolah Melayu dan Bumiputera
· tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud
· 1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar
· 1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau


d) Sekolah Cina
· dibina sendiri oleh masyarakat Cina
· 1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina

(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan
· SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat
· 1924 Hospital Besar Tawau di bina
· 1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah
· di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan
· kelemahan – bilangan doktor tidak mencukupi
· perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah

(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru
· akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
· bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
· antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu

a) Sandakan
· diasaskan William Pryer tahun 1879
· menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik
· berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan

b) Tawau
· sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah
· eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak

c) Kudat
· tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama
· pedagang menetap dan membina kedai di Kudat
· gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya tidak sesuai untuk pertanian
· tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan

d) Jesselton
· diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel
· nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya
· kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton
· juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
· Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting
· 1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu

Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain
· pejabat pos
· 1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah
· tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu The North Borneo Herald
· 1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan
· 1900 SBUB telah menubuhkan ‘Skuad Terbang’ untuk menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai polis tempatan
· 1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih
· tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang di Sabah

3 comments: