[ HOME ] [ SOALAN SEJARAH PMR ] [ SOALAN SEJARAH SPM ]

Wednesday, March 4, 2009

Sejarah Tingkatan 4: Bab 8

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Pengenalan:
1. Islam telah tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
2. kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad M .
3. Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani, dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudian diikuti Kedah, Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor..
4. Pertapakan Islam di Tanah Melayu bermula abad ke 14M.
5. Pengaruh dalam politik, ekonomi, dan sosial hanya berlaku dan ketara selepas abd ke 15M – Zaman Melaka.
6. Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
7. Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan intelektual.

Pengaruh Islam Terhadap Politik:

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

1. Pentadbiran dan Pemerintahan

a. Ulama sebagai penasihat Sultan:
i. Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
ii. Kelantan : Tuk Pulau Condong
iii. Trengganu: Tuk Pulau Manis
b. Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
i. Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
ii. Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang.
iii. Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.
iv. Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
v. Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
vi. Ulama jadi penasihat Sultan.
vii. Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan
viii. Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
ix. Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
x. Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
xi. Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah

2. Perundangan

a. Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu.
b. Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
c. Peranan adat:
i. Menjamin keselematan
ii. Mengawal pelakuan dalam masyarakat
iii. Menentukan hak pewarisan harta
iv. Menentukan bidang tugas
v. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
vi. Merapatkan tali persaudaraan

d. Beza adat pepatih dan temenggong

i. Adat temenggung :
-Diasas Dato Ketemenggongan – Palembang
-Negeri lain di Tanah Melayu
-Asas pentadbiran mutlak
-Sultan dilantik – warisan
-Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam
-Sistem nasab cara patrilineal – bapa
-Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid
-Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran
-Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki

ii. Adat pepatih :
-Dato Pepatih Nan Sebatang – Pagar Ruyung
-Negeri Sembilan dan Utara Melaka
-Musyawarah
-Dari bawah =pilihan pembesar
-Perkahwinan dari suku berlainan
-Matrilineal – ibu
-Harta pusaka = perempuan
-Berbentuk pemulihan atau diat / denda
-Menetap rumah perempuan.

e. Undang-undang bertulis di Melaka
i. Hukum kanun Melaka
ii. Undang-undang laut Melaka
f. Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
i. Sebagai peraturan dan hukuman
ii. Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
iii. Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
iv. Hukum Kanun - Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman.
v. Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek:
1. Pendidikan
a. Pengaruh Islam terhadap pendidikan:
i. 2 jenis pendidikan – formal /tak formal
ii. Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
iii. Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
iv. Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
v. Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
vi. Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
vii. Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
viii. Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik

b. Sistem Pedidikan Agama:
i. Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan
ii. Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
iii. Pendidikan di rumah
1. Bentuk pendidikan tak formal
2. Pendidikan Al-Quran
3. Di rumah Tok Guru
4. Umur 7 hingga 15 tahun
5. Selepas waktu Zohor atau Maghrib
6. Kitab, Muqadam & Al-Quran
7. Bayaran percuma
8. Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajid

iv. Sistem Pendidikan Pondok
1. Bentuk pendidikan – formal
2. Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
3. Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
4. Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
5. Penekanan Ilmu Agama
6. Guru daripada para pelajar yang lulus
7. Masa panjang hingga 10 tahun
8. Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
9. Sistem tersusun
10. Pakaian tutup aurat
11. Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

v. Sistem Pendidikan Madrasah
1. Berdasarkan sukatan pelajaran
2. Secara bilik darjah
3. Ada jadual waktu
4. Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
5. Diawasi oleh mudir, guru besar
6. Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll

c. Peranan Istana – Pusat Intelektual
i. Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
ii. Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
iii. Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam
iv. Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka
v. Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
vi. Mansur Shah berminat tasauf
vii. Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
viii. Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
ix. Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik

2. Bahasa dan Kesusasteraan

a. Pengaruh Islam Dalam Bahasa
i. Perkenal tulisan jawi
ii. Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik melayu
iii. Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
iv. Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
v. Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
vi. Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
vii. Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

b. Pengaruh Islam Dalam Sastera
i. Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
ii. Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
iii. Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
iv. Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
v. Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
vi. Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
vii. Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
viii. Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu

c. Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
i. Tersebar secara lisan
ii. Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
iii. Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
iv. Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah.
v. Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.

3. Kesenian

a. Pengaruh kesenian Islam
i. Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut, Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
ii. Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – cth Istana Melaka.
iii. Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
iv. Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
v. Seni khat atau kaligrafi.
vi. Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
vii. Tarian Mak Inang – di istana Melaka
viii. Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
ix. Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
x. Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.

4. Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi
1. Perdagangan
2. Penggunaan Mata Wang
3. Percukaian

1 comment: