[ HOME ] [ SOALAN SEJARAH PMR ] [ SOALAN SEJARAH SPM ]

Saturday, March 28, 2009

Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

2.1 Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

2.1a) Apakah yang dimaksudkan gerakan nasionalisme?

Tentang: Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap
mereka oleh kuasa luar

2.1b) Bilakah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
…………………………….

2.1c) Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan
terhadap British di Tanah Melavu, Sabah dan Sarawak
pada abad ke-19.

i Penghulu Dol Said Naning, Melaka
ii Linggir Batang Lupar, Sarawak
iii Rentap Kubu Nanga Skrang, Sarawak
iv Syarif Masahor & Patinggi Abdul Ghapur, Kanowit, Sarawak
v Mat Salleh Di Persisir pantai Sabah
vi Dato' Maharaja Lela Pasir Salak, Perak
vn Yam Tuan Antah Sg. Ujong, Negeri Sembilan
vill Dato' Bahaman, Lubuk Terua, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai,Pahang
ix Tok Janggut Pasir Puteh, Kelantan
x Hj. Abdul Rahman Limbong Kuala Berang, Terengganu
2.1.1) Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan
menentang British.
Penaklukan Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik menyebabkan kawasan yang dijajah terikat dengan peraturan British. Misalnya, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti menyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said dengan British.
Ekonomi British ditentang kerana menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan membolehkan saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Cukai British memaksakan penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah yang bertentangan dengan amalan tradisi.
Campur Tangan British bertindak campur-tangan dalam adat resam tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Paksa British memaksa menerima nilai-nilai dan budaya Barat yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Kehilangan Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran serta anak buah setelah penjajahan.
Sokongan Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka
Sulit Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan.
2.1.2a) Jelaskan peristiwa penentangan Dol Said terhadap
British di Naning.
Letak Tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.
Ingkar Mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
Hantar British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831 dan pasukan British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said.
Bantuan Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato' Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan 150 tentera British pimpinan Kapten Wyllie.
Menyerang Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 tentera sekali lagi menyerang Naning.
Kalah British berjaya mengalahkan tentera Dol Said, kerana tidak mendapat bantuan
Serah Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.
2.1.2b) Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin
Sarawak terhadap James Brooke.

Kuasai Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan.
Serang James Brooke menyerang pemimpin yang enggan menyerahkan daerah mereka kepada beliau.
Linggir Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekatBatang Lupar.
TindakBalas Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan pengikutnya tewas.
Rentap Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.
Serang Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.
Bertindak James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung menyebabkan Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka diserang.
Berjaya
Tentera James Broke berjaya mengalahkan Rentap dan beliau terpaksa berundur ke UIu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
Menolak Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang.
Kehilangan Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
Bina James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Gagal Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching, tetapi gaga!.
Lari Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.
Tahan Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
2.1.2c) Terangkan peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas
Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

Hirau
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
Duduki Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Kasar Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB sebaliknya pegawai-pegawai syarikat tidak memberi layanan malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Serang Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
Mengejut Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Tawar SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepada beliau.
Mungkir SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB tetapi dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.
Meninggal Beliau akhimya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
2.1.2d) Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato'
Maharaja Lela ke atas British di Perak.

Pimpin Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh Dato' Maharaja Lela.
Bersatu Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan serta penduduk tempatan terhadap British.
Mungkir Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam PerjanjianPangkor 1874.
Menolak Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
Penguasaan Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
Campur Tangan Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
Hormati J. W. W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Bantahan Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak terhadap campur tangan British.
Kubu Dato' Maharaja Lela membuat Kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antara Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu bertujuan menentang undang-undang British.
Bersetuju Selepas bermesyuarat Dato' Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.
Terpaksa Sultan Abdulah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku penentangan terhadap British.
Tampal Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.
Arahan Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
Lancar Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato' Maharaja Lela danDato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
Bicara Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.
Gantung Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung, Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
2.1.2e) Terangkan penentangan Yam Than Antah terhadap
British di Sungai Ujong.

Penguasaan Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato' Syahbandar menentang kemasukan dan penguasaan British di Sungai Ujong.
Enggan Dato' Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British.
Mempelawa Pada masa yang sarna beliau menentang Dato' Kelana Sungai Ujong yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari NegeriNegeri Selat.
Berjaya Dengan kerjasama British, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal untukmenguasai Sungai Ujong.
Berundur Dato' Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor tetapi kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan Britishpada 10 November 1874.
Bersetuju Dato. Syahbandar bersetuju meletakkanjawatan dan berhijrah ke Singapura manakala Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Damai Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai yang membolehkan penguasaan British di Sungai Ujong.
2.1.2f) Jelaskan penentangan Dato' Bahaman terhadap British
di Pahang.
Menolak Dato' Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang
British ang bertentangan dengan adat resam dan sistem
politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan
hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis
luar oleh Residen British di Pahang.
Menghakis Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghakis
kuasa Dato' Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan.
Bersatu Dato' Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan
Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima
tahun.
Siri Siri penentangan Dato' Bahaman dengan menentang
embinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan
pengaruhnya.
Serangan enyerang British kerana menangkap anak buahnya diikut
serangan dan menawan semula Lubuk Terua serta
menguasai uala Tembeling dan Jeram Ampai.
Bertindak ritish bertindak balas dengan menghantar tentera
menyerang Jeram Ampai menyebabkan Dato' Bahaman
berundur ke Kelantan
Menetap Dato' Bhaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok
Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
Pindah Pada tahun 1896, Dato' Bahaman berpindah ke Bangkok
diberikan pelindungan politik oleh Raja Chulalongkom
dan menetap di Chieng Mai serta meninggal dunia di sana.
2.1.2g) Jelaskan penentangan TokJanggutterhadap British di
Kelantan.

Paksa Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir
Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan
dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan
padi .
Bantah Tok Janggut membantah pelaksanaan dan enggan
membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah
Pasir Puteh.
Tangkap Pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut
tetapi mereka gaga!.
Berjaya Pada tahun 1915, Tok Janggut, pembesar dan rakyat
tempatanbersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka
berjaya mendudukinya.
Kerajaan Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram
sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan
Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Nama British menggunakan nama Sultan Kelantan membawa
masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal
Perang H.M.S. Cadmus mendarat di Tumpat dengan
menyerang di Saring.
Terkorban Serangan British yang tersusun dan penggunaan
senjatanya yang lebih moden telah menyebabkan Tok
Janggut terkorban.
Arak Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan
kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan
yang berani menentang British.
2.1.2h) Terangkan penentangan Haji Abdul Rahman Limbong
terhadap Brtishdi Terengganu.

Puas Hati Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak
menentang British kerana tidak berpuas hati dengan
sistem cukai dan undang-undang tanah British di
Terengganu.
Mengetuai Beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan
tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
peraturan tanah British.
Membuka Beliau bersama 300 orang penduduk kampung
membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn
Sultan Zainal Abidin III dari Lubuk Batu hingga
Kampung Pelam.
JasaBaik British merasa bimbang dan dengan jasa baik Tengku
Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan.
Melancarkan Penduduk tempatan yang marah melancarkan serangan
bersenjata terrhadap dasar British berjaya menduduki
bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Bersiap Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu
arahan untuk menentang British.
Menggunakan Dengan menggunakan kuasan dan nama Sultan
Terengganu, British telah menghantar tiga orang
pembesar Sultan menawan semula Kuala Berang.
Derhaka Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu
tidak akan menderhaka kepada sultan.
Menyerang Sepasukan polis seramai 25 orang menyerang Kuala
Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan
penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas
orang.
Dibuang Haji Abdul Rahman Limbong pula diserang oleh
seramai 50 orang polis yang dibawa dari Singapura
berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.
2.1.2i) Apakah pengajaran yang diperolehi penentangan
pemimpin tempatan menentang penjajah.

Contohi Patut kita contohi telah menunjukkan semangat setia
negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk
bangsa.
Sifat Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin
dengan pengikut dalam menentang penjajahan British.
Disiplin Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan
perjuangan yang berjaya.
Kurang Kekalahan mereka dalam perjuangan itu adalah kerana
kekurangan ilmu dan senjata moden.
IImu Kita perlu menimba ilmu pengetahuan supaya tidak
dijajah.
Perpaduan Perlu perpaduan di kalangan pemiminpin supaya musuh
dapat ditentang secara serentak.
2.1.2j) Pada pendapat anda mengapakah perjuangan pemimpin
tempatan menentang British mengalami kegagalan?
Setempat Pejuangan pemimpin tempatan bercorak setempat
memudahkan British menghapuskan penentengan dalam
jumlah yang keci!.
Bantuan Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan luar
sepertimana serangan British ke atas Dol Said kali yang
kedua
Bersengketa Terdapat pemimpin tempatan yang bersengketa
memberi peluang kepada British campur tangan seperti
pemusuhan antara Dato' Kelana dengan Dato
Syahbandar sungai Ujong.
Kesempatan Mengunakan kesempatan atas arahan Sultan British
bertindak untuk menghapuskan penentangan seperti
yang berlaku di Terengganu menyebabkan rakyat tidak
menentang kerana taat setia rakyat kepada Sultan.
Peralatan British mengunakan peralatan dan teknogi yang canggih
walaupun dalam jumlah tentera yang kecil dapat
mengalahkan pemimpin tempatan yangjurnlah bilangan
tentera yang besar.
Luar British mendapat bantuan tentera daripada luar seperti
dari Singapura, Burma dan India.
Bekerjasama Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan
British seperti di Perak dan Kelantan.
Tekanan Sultan menghadapi tekanan daripada British seperti di
Perak, Terengganu dan Kelantan yang membolehkan
pemimipin tempatan di bunuh dengan kejam.

2.1.2k) Tok J anggut dibunuh dan mayatnya diarak ke seluruh
pekan Kota Bharu kemudian di gantung dalam keadaan
kepala ke bawah dan kaki ke atas di pasar oleh British.
Apakah pandangan anda mengenai peristiwa tesebut
terhadap British?
Kejam Sikap kejam penjajah dan tidak berperikemanusiaan.
Mencapai Sanggup bertindak dengan apa saja untukmencapai
matlamat.
Tamadun Menunjukkan sikap tidak bertamadun Barat.
Penghinaan Sebagai penghinaanterhadap penduduk peribumi.

2.1.2l) British bertindak menghukum Haji Abdul Rahman
Limbong dengan membuang negeri ke Mekah.
Pada pendapat anda mengapa British bertindak
sedemikian?


Ulama Beliau seorang ulama yang terkenal.
Timbang
rasa
British bersikap bertimbang rasa terhadap ulama.
Tempat Mekah adalah tempat tinggal yang sesuai ulama
IImu Di sana beliau dapat mendalami ilmu agama.
Mengajar Beliau boleh menjadi tenaga pengajar agama.
Haji Bolehmenunai ibadathaji dan urnrah
Lenyap Melenyapkan pengaruh beliau kerana Mekah jauh dari
Tanah Melayu.
Hati Mengambil hati penduduk tempatan supaya tidak
melakukan pemberontakan.


2.2.1 Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme

2.2.1a) Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu pada abad Ke-20.


Politik memusnahkan sistem politik tradisional meletakkan
seorang Residen dan pegawai British mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
Pendidikan Kemunculan golongan intelek Melayu dari pendidikan
Inggeris dan sekolah vemakular Melayu meningkat
kesedaran bangsa Melayu menolak penjajahan British.
Kuasai Dasar British menggalakkan kemasukan orang dagang
untuk melabur, bemiaga, berdagang, bekerja dan
menetap di Tanah Melayu dengan menguasai ekonomi
dalam bidang perlombongan , perladangan dan
pemiagaan manakala orang Melayu kekal dalam
penanaman padi.
Bandar Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan
dinikmati oleh orang asing sedangkan orang Melayu
tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala
kekurangan.
Kemunduran Dasar British telah memundurkan taraf hidup
orang Melayu menyebabkan golongan intelek Melayu
menjadikannya isu gerakan nasionalisme.
Jepun Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan
Kesemakmuran. Asia menekankan kebebasan negaranegara
Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan
tetapi kekejaman Jepun menimbulkan kebencian
penjajahan sarna ada oleh kuasa Barat atau Timur.
PKM Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada
tahun 1945 membangkitkan semangat menentang
penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi
komunis.
Mesin Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan
buku, akhbar, majalah dan kitab agama untuk
menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan
dengan meluas
Reformis Gerakan Pan-Islamisme sedunia melahirkan Reformis
Islam Syeikh Muhammad Abduh membangkitkan
kesedaran pemahaman Islam untuk menentang
penjajahan terhadap negara-negara Islam yang
disebarkan dalam majalah al-Manar.
Kesedaran Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis
dan karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah
Melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan
terhadap penjajahan.

2.2.2) Apakah yang dimaksudkan Kaum Muda?

Arab Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan
gerakan Islah Is1amiyiah di Timur Tengah.

2.2.2a) Senaraikan tokoh-tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.

Tokoh Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi,Dr. Burhanuddin
aI-Helmy, Mohd. Yunus bin Abdul Hamid, Haji Abbas Mohd
Taha dan Sheikh Mohd Salim al- Khalili

2.2.2b) Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda.

Betul Mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan
pandangan mereka terhadap Islam.
Idea Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut
kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan
ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
Sikap Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam
fikiran orang Islam.
Raja Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak
berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.

2.2.2c) Namakan akhbar dan majalah yang digunakan oleh
Kaum Muda untuk menyampaikan perjuangan mereka.

Akhbar AI- Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara dan Lidah
Benar
Majalah Pengasuhdan al-Ikhwan

2.2.2d) Terangkan perkembangan gerakan Islah yang
diperjuang oleh Kaum Muda di Tanah Melayu pada
abad ke-20.


Tentang Peringkat awal ditentang oleh Kaum Tua yang
menguasai fahaman masyarakat Melayu tentang Islam
hanya berkaitan dengan akhirat dan fardu ain sahaja.
NNS Gerakan ini hanya bergerak di Negeri-Negeri Selat
sahaja kerana terdapat undang-undang dikeluarkan oleh
NegeriNegeri Melayu menghalang pengaruh Kaum
Muda.
Kebenaran Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang
kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran
Sultan.
Risalah Undang-undang ini juga tidak rnembenarkan risalah
dan. buku. Kaum Muda di bawa masuk ke negerinegeri
tersebut.
Madrasah Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk
menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi
untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain,
ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
Peluang Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar
perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

2.2.3 Akhbar, Majalah dan Novel Penggerak Kesedaran
Kebangsaan


2.2.3a) Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920 an
dan 1930 an.


i) Warta Melaya ii) Lembaga Melaya iii) Majlis
iv) Utusan Melayu v) Warta Negara

2.2.3b) Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di
Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an?

Tinggi Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu.
Perempuan Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Sikap Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif
seperti memilih kerja dan tidak berusaha.
Tabungan Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk
pendidikan anak-anak.
Kemahiran Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
seperti pertukangan dan kerj a tangan.
Inggeris Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk
kemajuan orang Melayu.
Taraf Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai
ekonomi.
Rasmi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dalam pentadbiran British
Tinggal Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan
pendidikan Islam.
Nilai Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

2.2.3c) Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh akhbar
di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Kerjasama Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh
orang Melayu.
Kemasukan Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
kerana akan mengancam ekonimi penduduk peribumi
Perniagaan Menggalakkan pemiagaan di kalangan orang Melayu.
Jual Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
Jimat Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
Kampung Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di
Kuala Lumpur.

2.2.3d) Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di
Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Kritik Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja
Melayu
Gagal Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana
gagal memimpin rakyat.
Pilih Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
kerajaan.
Melindungi Menuntut di adakan Malay Administrative Service untuk
melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Bersatu Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam
sebuah pertubuhan kebangsaan.
Tuntutan Menentangtuntutan orang dagang terhadap politik
tempatan.

2.2.3e) Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua.


i) Majalah Guru ii) Pengasuh iii) Bulan Melayu

2.2.3f) Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalahmajalah
di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

Anak-anak Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas
anak-anak Melayu
Perpaduan Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
Cinta Meniupkan semangat cinta akan negara dan
menentang penjajahan.
Taraf Meningkatkan tarafhidup orang Melayu.
Bahasa Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
Guru Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai
pemimpin bahasa.
Pentafsiran Membincangkan soal pentafsiran Islam yang
progresif bagi kemajuan ummah.
Persoalan Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam
Memperluaskan MemperIuaskan ilmu dalam semua bidang.
MenggalakkanMenggalakkan pendidikan di
kalangan orang Melayu.
Gesa Mengesa orang Melayu menjauhkan diri daripada
sifat buruk.
Wanita Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan
untuk kemajuan diri.
Kesopanan Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilainilai
Islam dan budaya Timur.
Obor Menggalakkan wanita menjadi obor untuk
memajukan bangsa.

2.2.3g) Novel Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung
Tahan dan Melor Kuala Lumpur bertemakan semangat
kebangsaan. Jelaskan.

Perjuangan Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan
Barat seperti Portugis
Sumbangan Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu
Melaka separti Hang Tuah.
Inspirasi Mengunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk
mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi
muda.
Penjajah Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
Warisan Menghargai warisan bangsa sendiri
Cinta Mencintai tanah air
Maruah Menolak kesenangan demi maruah bangsa.
Wira Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah.
Bangga Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
Menolak Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai
penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa
Kebebasan Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju
kehidupan.
Moden Wanita yang tnetnentingkan ~endidikan tnoden untuk
kebaikan diri
Negatif Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang
kemajuan bangsa

2.2.4 Perjuangan nasionalisme Oleh Persatuan Melayu.

2.2.4a) Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan
dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak sebelum perang Dunia Kedua.


Kesatuan Melayu Singapura
Menjaga Menjaga kepentingan sosioekomoni penduduk
Melayu Singapura dengan Mohammad Eunos
Abdullah menjadi wakil KTEKS MS dalam
pentadbiran British.
Desak Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat mendesakan
kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya
memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi
orang Melayu di Singapura.
Persatuan Sahabat Pena Malaya.
Berkenalan Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan
bertukar-tukar mewujudkan perpaduan bagi
memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.
Gabung Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Persatuan Melayu Sarawak
Perpaduan Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan
pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa,
serta menegakkan ajaran agama Islam.
Pes.tuan Sahabat Pena di Sabah
Perpaduan Mewujudkan perpaduan di kalangan anggotaanggotanya
terdiri daripada peniaga kecil, pegawai
rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu

Kesatuan Melayu Muda
Perpaduan Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda
Melayu di seluruh Semenanjung
Tahap Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan
orang Melayu.
Negara Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia
Raya dengan bergabung dengan Indonesia.
Kongres Melayu
Kemunduran. Membincangkan soal kemunduran orang
Melayu dalam pendidikan dan ekonomi
Pilih Membincangkan pilih kasih British kepada
anak negeri asal.
Kenegerian Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan
politik.
Negeri Mengatasi perasaan kenegerian yang
memisahkan orang Melayu.

2.2.4b) Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam
memperjuang semangat nasionalisme di Tanab Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.

Tubub KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh
Ibrahim Haji Yaakob.
Matlamat Matlamat penubuhan Ulltuk menggalakkan perpaduan di
kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.
Tabap Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang
Melayu.
Negara Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
dengan bergabung dengan Indonesia untuk mencapai
kemerdekaan.
Kerjasama KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940
untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Propaganda Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli
Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-
British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari
sokongan.
Cawangan KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu
bagi meluaskan propaganda menentang British.
Kader Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol menjadi
penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader
dikenali tentera semut untuk menentang British.
Tangkap Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, dan lebih
kurang 50 orang penyokong KMM ditangkap oleh British
pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi,
Singapura.

2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun.


2.2.5a) Nyatakan pertububan-pertububan yang menentang
ketika pendudukan Jepun di Tanab Melayu di antara
tahun 1941 bingga 1945.

MPAJA Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui
gerakan bawah tanah dengan bantuan senjata oleh pihak
British.
Gerila Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap
Jepun.
Bintang Tiga Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya
terdiri daripada tiga kaum penting di Tanah Melayu, iaitu
Melayu, Cina dan India menentang J epun secara gerila.
Force 136 Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136
keanggotaanterdiri daripada pegawai-pegawai tadbir
Melayu yang bekerjasama dengan tentera British. bergerak
secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang
Wataniah Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela
menentang Jepun terdiri daripada guru, pegawai tadbir
kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang
penindasan Jepun.

Sejarah Tingkatan 5 Bab 3

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.1 LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA:

3.1la) Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu tradisional.
a. Kerajaan: Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja tanpa raja sesebuah kerajaan tidak akan wujud.
b. Tinggi: Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
c. Perlindungan: Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
d. Mengakui: Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja.
e. Sempadan: Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
f. Empayar: Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
g. Melaka: Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
h. Negeri: Negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bemam dan negeri Krian.
i. Perjanjian: Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya

3.1b) Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.

a. Sempadan: Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan
setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.
b. MU: Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan Union pada tahun 1946.
c. PTM: Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
d. Merdeka: British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menjadikan negara yang merdeka pada tahun 1957.
e. Malaysia: Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang
berdaulat.

3.1c) Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks negara Malaysia.

a. W/negara: Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.
b. Negara bangsa: Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia
c. Berbilang: Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
d. Bahasa: Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan.
e. Rukun: Mengamalkan RukunNegara dalam setiap bidang kehidupan.
f. Kemerdekaan: Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

3.1.1 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA:

3.1.1a) Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah?

Rumpun: Konsep negara bangsa moden di Eropah berasaskan sempadan rumpun
bangsa dan persamaan bahasa.

3.1.1b) Terangkan perkembangan yang membawa pembentukan negara bangsa
di Barat.

a. Revolusi: Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789, menggantikan bentuk negara feudal
b. Idea: Idea konsep negara bangsa muncul untuk memperjuangkan tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
c. Nasionalisme: Pertumbuhan nasionalisme ketika itu memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
d. Mengancam: Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
e. Persamaan: Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk penyatuan serta pembentukan negara bangsa masing-masing.
f. Kesepakatan: Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
g. Mencadangkan: Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
h. Kemerdekaan: Empayar Aurtsia-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan berdasarkan etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang merdeka
i.Baru: Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Chechoslavakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

3.1.1c) Bagaimanakah Count Camillo Benso di Cavour membentuk negara
bangsa Itali pada abad ke 19?

a. Menghalau: Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan Lombardy dengan menghalau orang Austria unruk membentuk sebuah pemerintahan.
b. Realpolitik: Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan realpolitik.
c. Kerjasama: Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki mewujudkan kerjasama dengan Napoleon Ill pemerintah Perancis bagi menentang Austria pada tahun 1860.
d. Bantuan: Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.
e. Pungutan: Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.
f. Balasan: Wilayah Venetia dipulangkan kepada ltali pada tahun 1866 oleh Perancis sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria..
g. Undur: Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa ltali
.
3.1.1d) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck
untuk membentuk negara Jerman.

a. Realpolitik: Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman.
b. Taktik: Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
c. Diktator: Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan Jerman.
d. Benci: Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
e. Perang: Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark, Austria dan Perancis.

3.1.1e) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza
daripada pembina an negara bangsa di Eropah?

a. Prinsip: Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
b. Perlembagaan: Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
c. Menyatukan: Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab dalam sebuah negara.
d. Bentuk: Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
e. Kerjasama: Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
3.1.2 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

3.1.2a) Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

i. Negara.

a. Wilayah: Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.
b. Malaysia: Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
c. Tanggungjawab: Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

ii. Bangsa

Persamaan: Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.

iii. Kerajaan

a. Pemerintah: Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
b. Badan: Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar negara.
c. Pengaman: Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
d. Tiga: Kerajaan di negara terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

iv. Perlembagaan

a. Perlembagaan: Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sarna ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
b. Rujukan: Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
c. Jaminan: Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

3.2 KESULTANAN MELAYU MELAKA. ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA.

3a) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka.

a. Wilayah: Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas meliputi meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
b. Kedaulatan: Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur tangan, paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
c. Lambang: Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu alat regalia, nobat, wama, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana., bahasa Melayu dan agama Islam menjadi identiti Melaka.
d. Undang-Undang: Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
e. Kanun: Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang di kalangan anggota masyarakat.
f. Hukuman : Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
g. Laut: Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, pemiagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
h. Rakyat: Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya
i. Kerajaan: Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.

3.3 WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU:
3.3a) Huraikan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di
negeri-negeri Melayu.

a. Sistem: Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
b. Gelaran: Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
c. Pewaris: Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan, dan sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhta.
d. Lipatan: Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesarnya disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
d. Undang-undang: Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.
e. Adat: Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram dan berarak dengan iringan alat-alat kebesaran.
f. Cop Mohor: Digunakan dalam urusan resmi untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
g. Alat: Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwama kuning ketika baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.
h. Nobat: Nobat akan dimaikan ketika upucara pertabalan dan kemangkatan Sultan
i. Rasmi: Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
j. Bahasa: Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan dengan raja disebut bahasa dalam seperti patik, beta, bersiram, mangkat dan sebagainya.
k. Warna: Menggunakan wama putih dan kuning untuk sultan dan kerabat raja
l. Menjunjung: Menjunjung duli menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.
m. Perhiasan: Pakaian dan perhiasan raja dan raja perempuan diperbuat daripada emas dengan tatah permata penuh dengan unsur-unsur seni.

3.3.1a) Namakan PerlembagaanJohor?

Tubuh: Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

3.3.1b) Namakan pengasas dan tahun perlembagaan Johor digubal?

Sultan Abu Bakar pada tahun 1895.

3.3.1c) Nyatakan kandungannya.

a. Keturunan: Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta kerajaan.
b. Melayu: Mengandungi pengiktirafan orang Melayu Johor sebagai rakyat Johor.
c. Islam: Menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi.

3.3.1d) Jelaskan kedudukan sultan berdasarkan perlembagaan Johor.

a. Bangsa: Raja hendaklah berbangsa Melayu, 1elaki dan beragama Islam.
b. Larang: Raja, menteri dan jemaah pangkuan negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa luar.
c. Perkenan: Raja berkuasa melantik Menteri Besar dan Naib Menteri Besar dipilih oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja.

3.3.1e) Nyatakan struktur pentadbiran negeri Johor.
MajIis Mesyuarat Kerajaan:

a. Majlis: Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pe1aksanaan.
b. MB: Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.
c. JM: Jemaah Menteri pula terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.
d. Sumpah: Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor.
e. Sidang: Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli
Jemaah Menteri.
f. Demokrasi: Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh pemerintah untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
g. Halang: Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

3.3.2) Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan
pentadbiran dan pemerintahan. Jelaskan.

a. Pemerintahan: Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I dengan melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.
b. Perkemas: Sultan Muhammad II telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
c. Anggota: Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing dianggotai oleh empat orang pembesar
d. Lapan: Terdapat lapan jemaah menteri yang menguruskan pentadbiran di Kelantan.
e. Penasihat: i) Jemaah Penasihat Raja - Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
f. Istana: ii) Jemaah Menteri Istana - Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan
g.Keadilan: iii) Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman - Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
h. Dalam: iv) Jemaah Menteri Dalam Negeri - Menjaga keamanan negeri.
i. Luar: v) Jemaah Menteri Luar Negeri - Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negara.
j. Harta: vi) Jemaah Menteri Perbendaharaan - Perbendaharaan Mengendalikan harta benda dan hasil mahsur.
k. Perang: vii) Jemaah Menteri Peperangan - Peperangan Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
l. Imarah: viii) Jemaah Menteri pentadbiran dan Pengimarahan Negeri - Pentadbiran Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
m. Nik dan Wan: Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan pembesar yang bergelar Nik dan Wan
n. Mengukuhkan: Golongan pembesar membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.

3.3.3) Terangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1881 hingga 1918.
a.Keyakinan: Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Ittiqanilmuluk bi-ta'dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkankeadilan.
b. Berasaskan: Undang-undang ini berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
c. Halang: Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
d. Monarki: Masih mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri.
e. Pelembagaan: Pemerintahan beraj a di Terengganu bercorak raja berperlembagaan.
f. Pemerintah: Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki, dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu.
g. Bantu: Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri dalam melaksanakan pemerintahan.
h. Menteri: Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada Sultan dan kerajaan.
i. MB: Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
j. Naib MB: Jemaah Menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
k. Ahli: Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undangundang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.
l. Larang: Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
m. Jamin: Pemerintah Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan.
n. Bijak: Perlembagaan bertulis menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng untuk mengekalkan kedaulatan negeri.

3.3.4a) Apakah gelaran pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan?

Dipertuan: Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

3.3.4b) Terangkan peranan Undang dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.
a. Lantik: Undang dipertanggungjawab me1antik Yang Dipertuan Besar
b. Perunding: Menjadi perunding dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar.
c. Luak: Menjadi ketua luak

3.3.4c) Senaraikan empat luak utama di Negeri Sembilan.

i) Rembau
ii) Johol
iii) Sungai Ujong
iv) Jelebu

3.3.4d) Jelaskan unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan dalam di Negeri Sembilan.
a. Rakyat: Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Pepatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
b. Bawah: Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
c. Perlantikan: Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
d. Perundingan: Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
e. Undang: Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga.
f. Tanggungjawab: Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
g. Lembaga: Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
h. Layak: Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
i. Buapak: Buapak merupakan Ketua Perut menjadi temp at rujukan bagi setiap masalah, khususnya, yang berkaitan dengan adat
j. Anak Buah: Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah .
k. Pengagihan: Sistem mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi.

3.3.4e) Apakah peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih.

a. Bersama: Kepentingan bersama.
b. Gotong-royong: Semangat gotong royong.
c. Muafakat: Bermuafakat di kalangan masyarakat untuk memilih pemimpin.
d. Hormat: Saling menghormati di antara satu sama lain.
e. Peraturan: Melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Sejarah tingkatan 5 Bab 1

IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

1.1 Imperialisme di Asia Tenggara
1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentintgan tertentu.

1.1.1 Imperialis Barat
1. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia.
2. Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah Portugal (Melaka), Sepanyol (Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika Syarikat.

1.1.2 Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1. Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
2. Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekan jarak antara Barat dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan.
3. Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut apabila semakin bayak negara jajahan yang ditakluk.
4. Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
5. Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi mendahului negara-negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaian mereka.

1.2 Perubahan Sistem Politik
1. Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai ekonomi negara jajahan bagi mencapai matlmat utama mereka.

1.2.1 Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat
1. Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara.
● Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan silayah-wilayah di tanah jajahan.
● Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
● Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.
● Perlantikan ketua barat sebagai ketua biro.
● Pengenalan undang-undang barat.


Filipina
1. Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.
2. Diselatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Isla.
3. Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan struktur pemerintahan berikut:

Gabenor Kecil ---- (Pentadbir bandar)
Gabenor Jeneral ---- (pemerintah tertinggi peringkat pusat)
Ketua Datuk Bandar --- (pentadbir wilayah)

4. Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendo dan dibantu oleh Encominda (barangay-barangay yang digabungkan)
5. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Indonesia
1. Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Maratam dan kerajaan Bantam di Jawa.
2. Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah aatu bupati (di Jawa).
4. Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan pemerintahan Indonesia kepada dua:
● Pentadbiran Pusat
● Pentadbiran Tempatan.
5. Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.

Ciri-ciri dan Perubahan:

i. Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral

ii. Pentadbiran Tempatan yang dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan Belanda.

iii. Penubuhan Jabatan Kerajaan. Antaranya Jabatan Pejalajaran dan Pertanian.

iv. Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda (tetapi tiada kuasa perundangan)

v. Penubuhan Volsraad yang merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya akibat desakan Sakerat Islam.


Burma
1. Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja dibawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya seperti di bawah;


Raja

Hluttaw ----- Wun
(Majlis diraja) ----- (Pegawai tinggi kerajaan)

Myothugyi
(Ketua Bandar)

Ahmudan
(Pegawai diraja)

Athi
(Pembesar-pembesar tradisional)


2. Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma dan menghapuskan Dinasti Konboung.
3. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
4. Sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
5. Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.
6. Beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

IndoChina
1. Pada awalnya negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh yang mempunyai kuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan tempatan.
2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan Bahasa dan kesusasteraan China.
3. Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
4. Perancis juga membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua undang undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
5. Pentadbiran pemerintahan tempatan didak diganggu oleh pentadbiran pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Melaka
1. Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
2. Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.
3. Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
4. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen.
5. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.
6. Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.
7. Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
8. British juga telah menjalankan pelbagai perubahan

Wednesday, March 4, 2009

Sejarah Tingkatan 4: Bab 10

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ekonomi tradisional

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.
1. Bercucuk tanam
2. Menagkap ikan
3. Menternak binatang
4. Perlombongan
5. Memungut hasil hutan

Jenis Ekonomi Tradisional
1.Sara Diri
Mengamalkan ekonomi secukup hidup.
2.Jenis Ekonomi
Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan.
3.Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan
Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.
4.Tanaman makanan
Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
5.Ternakan makanan
Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan.
6.Teknologi kuno/mudah
Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
7.Air semulajadi
Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
8.Tangkapan Ikan tradisi
Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
9.Tenaga manusia dan haiwan
Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
10.Modal/Tenaga kecil
Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. Tiada Pengkhususan
Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

Ekonomi Dagangan

Maksud ekonomi dagangan
1.Kegiatan untuk ekspot
Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
2.Skala besar
Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
3.Buruh Upah yg banyak
Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
4.Modal Besar
Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
5.Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
Pemasaran meluas
Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
6.Lebihan pengeluaran
Melibatkan lebihan pengeluaran.

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.
1. Pertanian dagangan
2. perlombongan

Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.
1. Ubi kayu
2. Tebu
3. Lada hitam
4. Gambir
5. Tembakau
6. Kopi
7. getah

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.
1.Rangkaian Ekonomi
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
2.Ekonomi tradisi terpinggir
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
3.Wujud dwiekonomi
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
4.Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.
5.Tingkat Industri pelombongan
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
6.Kemasukan Buruh/Imigran
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
1.Penyumbang pendapatan British
Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
2.Wujud Tanaman Komersial
Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.
3.Sistem Kangcu dan lada Hitam
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.
4.Pajakan Tanah kepada org Cina
Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
5.Luas Ladang Lada hitam
Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
6.Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina
Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
7.Kekuasaan British dalam Ekonomi
Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
8.Wujud Dwiekonomi
Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.
9.Tumpuan pertanian Ekspot.
British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi kayu.
10.Usaha tanaman Getah
Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

Sistem Kangcu
1.Johor
Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.
2.Gmbair/lada hitam
Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
3.Cina Pajak
Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
4.Kangkar
Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
5Saiz besar
Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
6.Buruh Cina
Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.
1.Tanah subur
Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
2.Revolusi industri – permintaan tinggi.
Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.
3.Ridley – bawa masuk getah
Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
4.Pameran dan pengagihan getah percuma
Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.
5.Cara penorehan
Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.
6.Harga getah tinggi
Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik.
7.Modal asing
Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
8.Syarikat Perwakilan
Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
9.Galakan British – sewa tanah, cukai rendah.
Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.
10.Kemudahan infrastruktur
Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
11.Pekerja asing
Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
12.Kopi jatuh.
Berlaku kejatuhan harga kopi.

Langkah-langkah British menstabilkan harga getah.
1.Sekatan Stevenson
Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
2.Had pengeluaran
Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
3.Kupon had penorehan
Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
4.Peraturan Getah A/B
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
5.Kuota rendah
Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
6.Premiumtanah naik
Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
7.Sekat melayu
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
8.Sekat getah tanah sawah
Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.
1.Dagang sejak abd ke-9
Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
2.Dimiliki pembesar
Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
3.Kaedah mendulang
Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
4.Pasarkan ke Cina, India, Jepun.
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
5.Membuat alatan.
Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
6.Buruh Cina dipantau pembesar.
Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
7.Dapatkan kebenaran
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
8.Jual semula kpd pembesar.
Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.
9.Harga ditentukan pembesar.
Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
10.Penglibatan Pemodal Eropah gugat Melayu.
Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
11.Melayu pajak tanah.
Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.
12.British minat sebab keuntungan tinggi.
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
3.Abad -20 dikuasai Eropah.
Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
14.Modal kecil Cina gagal bersaing.
Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.
15.Intensif modal.
Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
16.Gubal undang-undang.
Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
17.Cina merosot – British kuasai.
Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.
1. Kwangtung
2. Kwangsi 3. Fukien

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
1. Sistem Tiket kredit
2. Sistem pengambilan kakitangan
3. Sistem pengambilan rumah kongsi
4. Kemasukan berkumpulan

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
1.Kurang buruh tempatan
Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
2.British benar masuk
British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
3.Kemiskinan di negara sendiri.
Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
4.Melayu tidak tentang
Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
5.Hubungan Tradisi yg sudah ada.
Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
6.Peluang kerja.
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
7.Kestabilan Politik.
Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.
1. Sistem Tiket Kredit
-Dikumpul dari kg.
Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
-Ketua bayar wang
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
-Buat perjanjian
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
-Sin Kheh diawasi.
Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.
-Tiket dibekalkan.
Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
-Pemborong buruh.
Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

2. Sistem Pengambilan kakitangan
1.Majikan hantar pegawainya.
Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
2..Tambang dibiayai majikan.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3.Pegawai Iring buruh.
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
1.Dilakukan Pegawai Di Cina.
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2.Pegawai yg biayai
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
3.Diserah tuan rumah kongsi .
Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

4. Kemasukan Secara Berkumpulan
a.Tajaan Charles Brook
Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
b.Persetujuan ketua Foochow – Sarawak.
Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
c.Sektor pertanian.
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Maksud kangani
Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.
1. Sistem Buruh Bebas
a.Sendiri
Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
b.Atur
Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi. c.Bebas
Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

2. Sistem Kontrak
-Majikan biaya
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.

3. Sistem Kangani
-Lesen
Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
-Wang Pendahuluan
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
-Pengurus agensi
Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.
1.Mata wang - Melaka
Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
2.Melayu lain.
Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.
3.Mata wang Sepanyol
Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
4.Wang Kertas
Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat.
5.Wang Negeri Selat.
Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.

Penjajah tubuh bank
Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.

1.Kemudahan pinjaman.
Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
2.Dana luar – cepat.
Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
3.Bank ejen pembayar
Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
4.Mercantile Bank -Pertama
Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
5.Bank Eropah
Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.
6.Perkhidmatan utama – org Eropah.
Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.
7.Bank Tempatan
Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
8.Bank di Sarawak
Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
9.Melayu tubuh bank.
Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.
a.Perkembangan Perdagangan
Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.
b.Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.
i.Insurans Maritim
Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.
ii.Insurans Kebakaran
Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
iii.Cawangan Insurans Luar.
Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
iv.Syarikat perwakilan
Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.
v.Syarikat Insurans Tempatan
Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
vi.Pengasingan khidmat insurans
Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.
vii.Ordinan Insurans.
Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian
Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan
1.Tanaman baru
Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
2.Komersilkan tanaman
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
3.Tanaman Ladang
Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
4.Pemilikan tanah
Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
5.Lindung tanah Melayu
Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu
1.Elemen utama.
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
2.Sistem Pemilikan tanah Melayu.
Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
3.Tiada Rekod
Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
4.Rekod Bertulis
Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
5.Mudahkan Pentadbiran
Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
6.Jadikan Cagaran
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
7.Nilai Komersial tanah
Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
8.Ketentuan Cukai
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
9.Permohonan Tanah
Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
10.Kebenaran Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu
1.Permohonan – Pejabat Tanah
Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
2.Kuasa residen
Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.
3.Kebenaran Pejabat Tanah
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.

Sistem Wang
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

1.Urusan dengan wang
Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
2.Melayu Pinjam Wang
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
3.Melayu Jual Tanah.
Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.
1. Akta Tanah Simpanan Melayu
2. Land Order
3. Land Settlement Order
4. Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
1.AktaTanah Simpanan Melayu.
Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
2.Jamin eko./politik.
Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.
3.Elak pindah milik.
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
4.Kuasa isytihar
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
5.Tak Benar tanam komersial.
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
6.Padi dan kelapa.
Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.

7.Land Order – hak milik di Sarawak.
Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
8.Lindungi drp Cina.
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
9.Land Settlement Order.
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
10.Warisan dan pemilikan
Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
11.Elak pajakan,pecah.
Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
12.Pembahagian jenis tanah
Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
13.Imigran - Tanah campuran
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
14.Warta Hak Pribumi.
Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
15.Peg Daerah – kuasa – Sabah.
Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
16.Sebelum 1888 tak sah
Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
17.Peg Daerah – kuasa – niaga.
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
18.Tiada Tuntut ganti rugi.
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.
1.Lindungi drp ceroboh
Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
2.Lindung tanah pribumi
Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
3.Pindah milik melalui pewaarisan.
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
4.Bahagi kpd 3 kaw.
Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman. 5.Tanah campuran-imigran.
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.

6.Kuasa Pegawai Daerah.
Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
7.Urus niaga tanah dimaklumkan
Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
8.Berhak ganti rugi
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.
1.Larang tanam
Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi.
2.Kurang orang Melayu
Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan.
3.Premium dikenakan – tanah baru
Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
4.Pembukaan Tanah baru dilarang.
Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.
5.Lindungi pemodal Eropah
Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
6.Kuota Rendah
Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.
7.Melayu tidak minat
Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.
1.Elak Libat dlm getah
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
2.Tak mahu Gantung impot padi
Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
3.Tiada jaminan beras luar.
Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.
4.Melayu disekat tanam getah.
Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
5.Elak Ancam Getah Eropah.
Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.

Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.
1.Tidak beri keutamaan
Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.
2.Keutamaan kpd penjajah.
Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara.
3.Galakan kpd Eropah.
Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
4.Tiada insentif kewangan.
Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.
5.Melayu disekat tanam getah.
Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah
6.Lindungi peladang Eropah.
Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga getah.
7.Kuota Rendah
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.
8.Premium tanah naik.
Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British
Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
1.Bijih timah
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.
2.Petroleum
Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
3.Perkembangan Pengangkutan
Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
4.Pertanian
Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.
5.Kedudukan Strategik
Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.
6.Ada Pelabuhan
Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
7.Pusat Pengumpulan hasil
Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.

Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
1.Petempatan berbeza
Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet
2.Pekerjaan ikut kaum
Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
3.Bahasa berbeza
Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.
4.Tiada kesepaduan kaum
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
5.Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.
1.Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
2.Guna Bahasa Ibunda
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa penggantar.
3.Sek. Melayu- Neg.Selat.
British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
4.Sek Melayu – Tlk Belanga.- Pertama
Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
5.Kemudian - Seberang Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.
Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
6.Sek .Perempuan 1885
Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
7.Kolej Melayu -Elit
Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.
8.Sek.Melayu-Peringkat Rendah
Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.
9.Guru- MPSI
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
10.Ladang- Tamil
Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
11.Bandar – Tamil - Barat
Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
12.Sukatan - India
Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
13.Saudagar Cina – tubuh sek.
Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.
14.Dialek masing-maing.
Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
15.Enakmen – daftar sekolah.
Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
16.Mubaligh Kristian – sek Ingg.
Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
17.Sek. Ingg – Elit - Bandar
Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
18.Sek Ingg. Ikut England
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
19.Universiti Malaya.
Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.

Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
1.Kurang maju tumpu bahan mentah.
Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.
2.Barangan diimport
Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
3.Tujuan eksport – kasut getah.
Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.
4.Kasut Bata - Klang
Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
5.Fung Keong, Kinta Rubber Works – berasaskan getah
Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.
6.United Engineer – kapal korek
Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
7.Mengetin nanas.
Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.
8.Pemodal Cina
Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.
1.Perkembangan Lombong & Petanian
Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
2.Cepat penghantaran
Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
3.Jln Keretapi Pertama
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.
4.Perkhidmatan utk Timah
Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
.51918 Keretapi ke Sempadan Siam
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
6.1931 ke Timur
Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
7.1923 Sambung ke Singapura
Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
8.Buka tanah baru
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
9.Pelabur luar datang
Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
10.Muatan yg banyak
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
11.Jln raya berturap
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
12.Sepanjang 2400km jln raya
Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
13.Kenderaan bertambah
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
14.Hubung Perlis - Singapura
Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
15.Mudah hubungan Barat Timur
Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
16.Komunikasi – Tel. Telegraf, pos...
Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
17.Tambah kecekapan
Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
1.Lombong Timah
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.
2.Cepat penghantaran
Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.
3.Hubungkan dengan kawasan timah
Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
4.Hubung seluruh Bahagian TM
Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
5.PembukaanTanah Getah
Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
6.Pelabur Luar - Getah
Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
7.Muatan
Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
8.Luar
Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.
9.Pelabuhan
Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.

Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.
1.Bina Hospital
Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.
2.Pusat Kesihatan
Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah merebak.
3.Pusat Kesihatan Kecil
Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.
4.Sabah – bina hospital
Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
5.Sarawak – di Kuching, Sri Aman, Sibu
Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
6.Sumbangan orang Perseorangan
Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.
7.Institut Penyelidikan Perubatan
Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.
8.Lembaga Sanitary
Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala Lumpur.
9.Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.