[ HOME ] [ SOALAN SEJARAH PMR ] [ SOALAN SEJARAH SPM ]

Tuesday, March 3, 2009

Sejarah Tingkatan 2: Bab 3

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57
• akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
• kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan tanah jajahan
• negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan
• British berasa bimbang dan tercabar
• kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British
i. Perancis
- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya
- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di Singapura
ii. Jerman
– berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam
iii. Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
iv. Rusia
– berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu
i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
• tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British
• British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut
• British akan membantu Siam jika diserang musuh
• kesan perjanjian;
• gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain
• contoh: - tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company untuk melombong emas
• Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
• tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam
• rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham), Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
• Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
• kesan-kesan perjanjian;
• British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)
• tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
• Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
• British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
• kesan-kesan perjanjian;
• NNMU diserahkan kepada British
• Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah
• Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
• Baginda enggan menerima penasihat British
• tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
• George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
• tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud
• berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell
• Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
• Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah
• menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi tidak perlu ditapis
• penggunaan kalendar Hijrah
• cuti umum pada hari Jumaat
• melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah
• menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
• menggunakan kalendar Masehi
• cuti umum pada hari Ahad
• pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis
• Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British
• Baginda enggan menerima Penasihat British
• British tidak peduli (degil)
• Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
• cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
i. Menggubal undang-undang
ii. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
iii. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis

(iii) Penasihat British di Kelantan
• tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
• tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
• J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British
• perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
• kesan-kesan;
- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu
• Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
• Baginda menolak pelantikan Penasihat British
• Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan
• tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
• bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
• tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
• tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
• tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
• tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
• British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
• Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
• British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
• sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
• mustahak ke atas raja bermesyuarat
• hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
(Teks m/s: 63-70)
• Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
• Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
• Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
• Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
• antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;
i. Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
• tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Johor
• berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
• tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan Sultan Ali
• Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di bawah Sultan Ali)
• antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;
- menjalankan pentadbiran dengan cekap
- mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
- memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan Ali (Mac 1855)
• Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda
• Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu
• diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833
• kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
• Sistem Kangcu melibatkan;
a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai
b. Kawasan lading dikenalisebagai ‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)


Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)
• tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
• diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
• sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor
• tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar
• tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British
• persetujuan dicapai tentang;
i. Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat
ii. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)
iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
iv. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi
• kesan-kesan persetujuan;
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British

Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar
(a) Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan Kerja Raya
(b) Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
(c) Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera
(d) Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia
(e) Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
(a) Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
(b) Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
(c) Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran
(d) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
(a) Digelar ‘Bapa Pemodenan Johor’ kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor
(b) British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor
(c) Johor aman dan makmur
(d) Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor Yang Berwibawa
• pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar
• kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an untuk campur tangan
• antara pemimpin terkemuka Johor ialah;
i. Dato’ Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato’ Jaafar bin Muhammad
iii. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
iv. Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

Dato’ Jaafar bin Muhammad
• Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)
• Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)
• Digelar Datuk Bentara
• Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor↓ memakai pakaian rasmi Johor
• Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah daripada bendera Johor demi maruah dan kedaulatan Johor
• Surat rasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

• Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)
• Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)
• Digelar Dato’ Seri Amar Diraja
• Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri
• Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British
• Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor (sebuah badan persuratan terulung tanah air)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
• Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan
• Antaranya;
a. Pesuruhjaya Polis – untuk keamanan dan kestabilan Johor
b. Ketua jabatan Ukur – tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor
c. Ketua Jabatan Tanah – merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat
• Digelar sebagai Dato’ Bentara Luar

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
• Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883
• Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat Johor
• Dianugerahi Dato’ Bentara Dalam
• Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
• Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama

Johor Di ambang Penjajahan British
• sejak Perjanjian Persahabatan 1885 British menyusun strategi untuk menguasai Johor
• British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
• usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;
i. British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
ii. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat
- tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura
- ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
• muslihat British disedari oleh Dato’ Abdul Rahman Andak dengan menasihati sultan supaya tidak menerima tawaran pinjaman British
• rancangan British berjaya digagalkan
• British menyedari kepintaran Dato’ Abdul Rahman Andak dan bukan mudah untuk campur tangan di Johor
• British berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak
• tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London
• British menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor
• Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri
• tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor

Lembaga Penasihat Johor
• ditubuhkan di London pada 1886
• Sultan Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di London
• Dianggotai oleh orang British
• Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati Sultan Johor tentang hal-hal pentadbiran

2 comments: